Sunday, June 16, 2013

Cara-cara install Windows 7

Cara-cara untuk memasang Windows adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pemilik komputer. Bukan sahaja ia dapat menjimatkan wang anda daripada menghantarnya ke kedai, malah jika berlaku apa-apa masalah pada komputer yang tidak dapat anda betulkan, anda cuma perlu format ia kembali!
Jadi, panduan yang pertama ini akan menerangkan cara-cara install Windows 7. Anda cuma memerlukan sebuah komputer, CD pemasangan Windows 7, dan sekotak biskut untuk menemani anda sambil anda menunggu. Dah sedia? Jom mula sekarang!

Cara format laptop/komputer dan install Windows 7

1) Hidupkan komputer dan masukkan CD Windows 7.
Nota: Pastikan boot sequence anda ditetapkan kepada CD. Untuk maklumat lanjut tentangboot sequencerujuk kepada artikel ini.
2) Jika keluar skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…”, tekan mana-mana kekunci pada papan kekunci anda.
format-komputer-windows-7-01
Kemudian tunggu sehingga skrin-skrin lain habis dipaparkan.
format-komputer-windows-7-01-02
format-komputer-windows-7-03
3) Tetingkap “Install Windows” keluar. Tekan ‘Next’
format-komputer-windows-7-04
4) Tekan butang “Install now”
format-komputer-windows-7-05
5) Pilih edisi Windows 7 anda dengan ‘x86’ di ruangan ‘Architecture’, dan tekan ‘Next’.
format-komputer-windows-7-06
6) Tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan tekan ‘Next’.
format-komputer-windows-7-07
7) Tekan pada pilihan “Custom (advanced)”.
format-komputer-windows-7-08
8) Pilih partition anda dan tekan ‘Next’.
format-komputer-windows-7-09
9) Windows akan memulakan pemasangan, tunggu sehingga proses ini selesai, dan komputer anda akan restart dengan sendiri.
format-komputer-windows-7-11
format-komputer-windows-7-12
10) Jika skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD…” keluar lagi, jangan tekan apa-apa dan biarkan sahaja.
format-komputer-windows-7-01
format-komputer-windows-7-03
Windows akan restart lagi dengan sendirinya, anda hanya perlu menunggu sehingga semua proses pemasangan selesai.
format-komputer-windows-7-16
format-komputer-windows-7-19
11) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Taipkan nama anda pada ruangan “user name” dan tekan ‘Next’.
format-komputer-windows-7-21
12) Taipkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut, dan tekan ‘Next’.
format-komputer-windows-7-22
13) Masukkan nombor produk yang disediakan bersama CD Windows 7 anda.
Nota: Langkah ini boleh ditinggalkan terlebih dahulu. Pastikan anda mengosongkan kotak “Automatically activate Windows when I’m online” jika anda menangguhkan langkah ini.
format-komputer-windows-7-23
14) Tetingkap “Set Up Windows” keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.
format-komputer-windows-7-25
15) Pada bahagian “Time zone”, pilih “(UTC +08:00) Kuala Lumpur, Singapore” dan tekan ‘Next’.
format-komputer-windows-7-26
16) Sekiranya anda disambungkan kepada Internet, skrin berikut akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.
format-komputer-windows-7-27
17) Kini, Windows 7 anda sudah dipasang dan siap sedia digunakan!
format-komputer-windows-7-32

Windows 7 sudah dipasang, apa seterusnya?

Selepas anda siap memasang Windows 7, terdapat beberapa perisian yang asas yang anda perlukan untuk urusan harian, antaranya ialah:
  • Avira Antivirus untuk melindungi komputer anda. Ingat, hanya install satu antivirus sahaja pada satu masa, jadi jika anda sudah antivirus yang lain dalam komputer, buang ia terlebih dahulu sebelum memasang Avira.
  • K-Lite Mega Codec Pack supaya anda boleh memainkan pelbagai jenis video.
  • 7-zip untuk membuka fail-fail jenis .zip, .rar, .7z, dan banyak lagi.
  • Flash Player untuk memainkan YouTube, dan segala jenis video Flash di Internet.
  • Adobe Reader untuk membuka fail PDF.

Hacker Muslim Tolak Tawaran Israel

Apabila Islam tidak sanggup di jual beli. - Pada awal Januari 2013, seorang Hacker yang beragama Islam berbangsa Algeria, berusia 24 tahun, iaitu Hamza Bendelladj telah ditahan oleh sepasukan Interpol Thailand ketika dia menaiki kapal terbang daripada Malaysia untuk pulang ke Egypt ketika transit di Thailand.

Hamza merupakan hacker yang telah didakwa menceroboh 217 akaun bank di seluruh dunia dan mampu memindahkan sejumlah 10 hingga 20 juta dollar dalam satu transaksi sahaja.

Pada 7 April 2013, sekumpulan Hackers dari seluruh dunia telah mensasarkan laman web Israel dan membawa kepada kemusnahan dan kerugian besar kepada kerajaan Israel, pusat akademi dan beberapa laman web penting mereka.

Pihak Israel telah memohon jasabaik Hamza Bendelladj untuk membantu mereka mengatasi masalah ini dan sebagai balasannya beliau akan dibebaskan dan digugurkan semua pertuduhan.

Namun, meski pun beliau seorang yang bersalah melakukan jenayah siber, namun apabila diminta membantu musuh Islam, dia menolak permintaan tersebut lebih rela merengkuk dalam penjara. Itulah nilai iman.

Monday, May 27, 2013

OK..INI MASALAH BESAR!~

assalamualaikum kepada semua pembaca :)

x tau nak ckp apa..cuma nak komen sikit!~ -_-



blog aku kena VIRUSSS~!! :3

jdi...SEMUA POST2 aku HILANG mcm tu jer..-_-


sekian..
wsalm :3

Selamat Datang.